S
|
ekolah Kebangsaan Sungai
Serai, 43100 Hulu Langat,
Selangor Darul Ehsan.
Dari sekolah ke pusat
Bandaraya KL tak
jauh, lebih kurang
45 minit sahaja sampai
ikut bas.
Kami tinggal di Taman
Cheras Intan, Cheras.
Saya ke sekolah menaiki motorsikal
10 minit sahaja sampai. Ramai
murid sekolah ini l/k 1,300 murid,
2 sidang. Tahun 2 & 3 petang. Tahun 1, Tahap 2
dan prasekolah siding pagi.
Guru termasuk staf
kerani l/k 75 orang.
Prestasi sekolah ini amat baik.
Setiap UPSR l/k
20 orang memperolehi
5A UPSR. Salah
satu sekolah terbaik
di PPD Hulu Langat. Nama
guru besar ialah
Dr. Hajah Nazirah Binti
Mohd Nordin. Salah
seorang GB yang
berkelulusan PHD UPM.
GB sangat mengutamakan
kebajikan guru.
Saya mula bertugas
di sekolah ini pada
3 Januari 2012.
Semua guru dan
staf baik, mesra dan
bekerjasama. Semasa bertukar
dari SK. Likas, Kota
Kinabalu, saya ditempatkan
di SK. Pandan Jaya, Cheras.
Saya sempat bertugas
di sana seminggu sahaja.
Saya cuba merayu
ke pejabat JPNS, untuk
berpindah sekolah agar
tidak jauh dengan
sekolah tempat isteri
mengajar. Rayuan dipertimbangkan dengan
sekolah sekarang tak
berapa jauh dengan
sekolah isteri. Jalan
sehala dan tak
seberapa sibuk.
Sekolah tempat kami
mengajar ini sebenarnya
tidak jauh dengan
pusat Bandaraya KL. 20
minit sahaja ke
Kajang. Tak jauh
juga ke Putrajaya dan
KLIA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan