Mereka inilah anak didik cikgu Yassin. Murid kelas 5Bijak & 5Cemerlang SKSS. Pelajar ini memeliki daya berktrampilan, cerdik dan rajin, berpotensi mencapai kecemerlangan Akademik & Kokurikulum. Cikgu Yassin telah mencabar mereka untuk membuktikan kecemerlangan dapat dijulang pada tahun hadapan 2014, iaitu mereka berada di Darjah 6. Terima kasih & semoga awak baik2, selamat & berjaya dalam pelajaran sehingga ke manara gading...
EMPAT HARI BERKURSUS DI GLORY RESORT PORT DICKON
Saya telah dihubungi oleh Bahagian IPG Cyberjaya, mengarahkan saya supaya dapat hadir berkursus Bimbingan Praktikum Siri 1 / 2012. Kursus bermula pada 26 - 29/ 11/ 2012 (Isnin - Khamis), bertempat di Glory Resort Port Dickon, Negeri Sembilan.
Perjalanan dari tempat saya melalui Kajang dan terus ke Port Dickon, lebih kurang 2 jam, melalui 4 tol. Situasi dan suasana berkursus dan penginapan amat bagus. Bagi saya yang pentingnya dapat menimba ilmu pengetahuan dan sambil bercuti / melancung, sebelum terbang balik ke Kota Kinabalu, pada 3 Disember 2012.
Gambar sebaik di muat turun ke komputer, dalam masa yang sama komputer ada virus dan terus di format. Gambar berkursus semuanya terdelete.........
*Balik dari Port Dickon, transit ke Nilai. Di Nilai segala barang pakaian, perabot, dll- semuanya murah. Nilai, pusat membeli belah di KL paling termurah.
*Balik dari Port Dickon, transit ke Nilai. Di Nilai segala barang pakaian, perabot, dll- semuanya murah. Nilai, pusat membeli belah di KL paling termurah.
BERKURSUS DI PULAU PANGKOR
S
|
edang menghadiri Kursus Pengurusan Aset Sekolah, di Pulau Pangkor, pada 9 -11/10/2012. Selepas ini memegang jawatan pegawai aset sekolah.
Pengalaman cukup seronok, makanan
sedap, resort selesa, & jalan-jalan
di pantai, membeli- belah di pekan Pangkor. Tersangat happylah…...........
BERSAMA WARGA SKSS MENJAMU SELERA SEMPENA MENYAMBUT RAMADAN
K
|
egembiraan tiba bulan Ramadan
pada 21 Julai
2012 (Sabtu) jelas dirasakan
oleh warga SKSS. Pada
hari ini 20 Julai
2012, hari Jumaat suatu
majlis jamuan makan- makan
warga SKSS, bertempat di dewan SKSS.
Sambutan majlis jamuan
ini juga, sebenarnya
selari dengan budaya
dan semangat permuafakatan warga SKSS,
dibina sekian lama. Inilah istimewanya staf SKSS. Semoga nilai
baik ini dipupuk
& dikekalkan. Selamat menyambut
awal Ramadan & selamat
berpuasa kepada para saudara- saudari muslim…
PERISTIWA MAJLIS PELANCARAN KIBAR JALUR GEMILANG PERINGKAT SK.SUNGAI SERAI
T
|
anggal 17 Julai
2012, hari Selasa, sekolah saya
SK.Sungai Serai, Hulu Langat, Selangor, telah melancarkan
kibar jalur gemilang sempena
sambutan bulan kemerdekaan Malaysia ke-55.
Biasalah tugas saya
juru photo & rakaman video… Klik imej ini persembahan murid..
http://www.youtube.com/watch?v=OOSuYgdGErg&feature=plcp
Langgan:
Catatan (Atom)