Halaman

PERIHAL SK.SUNGAI SERAI, HULU LANGAT, SELANGOR DE


S

ekolah  Kebangsaan  Sungai  Serai,  43100 Hulu  Langat,  Selangor  Darul  Ehsan.  Dari  sekolah  ke pusat  Bandaraya  KL  tak  jauh,  lebih  kurang  45  minit  sahaja sampai  ikut  bas.

Kami  tinggal  di Taman  Cheras  Intan,  Cheras.  Saya  ke sekolah  menaiki  motorsikal  10 minit  sahaja  sampai.  Ramai  murid  sekolah ini  l/k  1,300  murid,  2  sidang.  Tahun 2 & 3  petang. Tahun 1,  Tahap 2  dan  prasekolah  siding  pagi.  Guru  termasuk  staf  kerani  l/k  75 orang.

Prestasi  sekolah  ini  amat  baik.  Setiap  UPSR  l/k   20  orang  memperolehi  5A  UPSR.  Salah  satu  sekolah  terbaik  di PPD  Hulu Langat.  Nama  guru  besar  ialah  Dr. Hajah  Nazirah  Binti  Mohd  Nordin.  Salah  seorang  GB  yang  berkelulusan  PHD  UPM.  GB  sangat  mengutamakan  kebajikan  guru. 

Saya  mula  bertugas  di sekolah  ini  pada  3  Januari  2012.  Semua  guru  dan  staf  baik,  mesra  dan  bekerjasama.  Semasa  bertukar  dari  SK. Likas,  Kota  Kinabalu,  saya  ditempatkan  di SK. Pandan  Jaya,  Cheras.  Saya  sempat  bertugas  di sana  seminggu  sahaja.  Saya  cuba  merayu  ke pejabat  JPNS,  untuk  berpindah  sekolah  agar  tidak  jauh  dengan  sekolah  tempat  isteri  mengajar. Rayuan  dipertimbangkan   dengan  sekolah  sekarang  tak  berapa  jauh  dengan  sekolah  isteri.  Jalan  sehala  dan  tak  seberapa  sibuk.

Sekolah  tempat  kami  mengajar  ini  sebenarnya  tidak  jauh  dengan  pusat  Bandaraya  KL. 20  minit  sahaja  ke  Kajang.  Tak  jauh  juga  ke Putrajaya  dan  KLIA.














Tiada ulasan:

Catat Ulasan