Halaman

CIKGU YASSIN, SK.SUNGAI SERAI, HULU LANGAT, SELANGOR


P
ada  14 Oktober  2011,  permohonan  pertukaran  saya  ke Negeri  Selangor  telah  diluluskan  menerusi  semakan  online  pertukaran  2012. Penempatan  saya  yang  pertama,  ialah  di SK. Pandan Jaya, PPD  Hulu Langat, Selangor. Saya  sempat  bertugas  di sekolah  ini  hanya  2 minggu  sahaja.  Saya  telah  mengemukakan  rayuan  pindah  sekolah, ini disebabkan  SK Pandan Jaya,  tidak jauh  dari  Pusat  Bandaraya KL,  maka  lebuharaya  sungguh / sangat  sibuk, terpaksa   bangun  awal   pagi,  malah  terpaksa sembahyang Subuh di sekolah. Isteri  saya  pula  mengajar di SK Dusun Nanding, PPD Hulu Langat, jadi  agak jauh  juga. Kebetulan  pula  masa  itu saya  langsung  tidak  tahu  arah jalan  ke sekolah  dan  sekitar  bandaraya  KL.

Permohonan  rayuan  pindah  sekolah  telah  diluluskan,  Pada  14 Januari  2012, bersamaan   hari Isnin,  jam 3.30 petang,  saya telah  melapor  diri  ke SK. Sungai Serai, PPD Hulu Langat, Selangor  dan  sehinggalah  sekarang  ini……

Alamat  sekolah;  Sekolah  Kebangsaan  Sungai  Serai,  KM 17, Jalan  Hulu Langat,  43100  Hulu Langat,  Selangor  Darul  Ehsan.  Tel/ Fax  sekolah,  03-90741377,  BBA 4001.

Photo  di bawah  ini  SK. Sungai  Serai,  Hulu Langat,  Selangor, Darul Ehsan;…




Tiada ulasan:

Catat Ulasan